Friday, November 5, 2021

Bayaran Bantuan Prihatin BPR Fasa 2 dan 3

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan bantuan yang telah dinamakan semula dimana terdapat sedikit perubahan dalam jumlah bayaran. Bantuan Sara Hidup (BSH) telah digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan kadar bantuan yang lebih baik.

Join Pencari kerja kosong dalam JOBKINI

Seperti yang kita semua sedia maklum, bahawa pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 telah pun selesai. Tetapi ramai di kalangan anda yang tertanya-tanya mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 dan 3, berapa pula bayaran yang bakal diterima?

Bayaran ini akan diterima oleh pemohon sedia ada seperti Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (Bantuan Prihatin Nasional) termasuklah rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,500.

Pada kali ini, utusankerjaya.my akan kongsikan kepada anda berkenaan tatacara semakan baki bayaran bagi Fasa 2 dan 3.

Baca Juga: Sering Lupa Kata Laluan Untuk Log Masuk Ke BPR? Ketahui Cara Untuk Dapatkan Semula!

Semakan Baki Bayaran BPR

Kepada anda yang lulus permohonan BPR, bayaran dijangka akan dikreditkan dalam 3 fasa iaitu:

  • Fasa 1: Februari 2021
  • Fasa 2: Mei 2021
  • Fasa 3: September 2021

Nilai bantuan yang bakal diperolehi bergantung kepada kategori kelayakan iaitu:

Bujang Berpendapatan Bawah RM2,500 Sebulan

  • Umur 21 tahun ke atas bakal menerima RM150 seorang

Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500 Sebulan

  • Mempunyai 1 orang anak bakal menerima RM1,200 (Baki RM900)
  • Mempunyai 2 orang anak atau lebih bakal menerima RM1,800 (Baki Rm1,500)

Isi Rumah Berpendapatan Antara RM2,001-RM4,000 Sebulan

  • Mempunyai 1 orang anak bakal menerima RM800 (Baki RM500)
  • Mempunyai 2 orang anak atau lebih bakal menerima RM1,200 (Baki RM900)

Isi Rumah Berpendapatan Antara RM4,001-RM5,000

  • Mempunyai 1 orang anak bakal menerima RM500 (Baki RM200)
  • Mempunyai 2 orang anak atau lebih bakal menerima RM750 (Baki RM450)
  • Telah dibayar RM300, baki pembayaran bagi Fasa 2 dan 3 ini dibahagikan secara sama rata.

Soalan Lazim

Bilakah baki pembayaran BPR akan dikreditkan?

  • Pembayaran dijangka akan dilakukan pada awal bulan Mei

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Bagi mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila hubungi saluran berikut:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM: https://bpr.hasil.gov.my atau
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 pagi - 5:00 petang) atau
  • MOF: 03-8882-4565 / 4566 (Waktu Operasi 9:00 pagi - 5:00 petang) atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM/ PKH LHDNM/ UTC LHDNM

Jangan lupa kongsikan artikel ini, semoga bermanfaat!

Sunday, February 21, 2021

Status Terkini Covid 19 Corona Virus

Status Terkini #COVID19, 21 Februari 2021
Kes sembuh=4,456
Jumlah kes sembuh=249,209 kes
Kes baharu positif=3,297 kes
Jumlah positif=283,569
Kes kematian=5
Jumlah kes kematian=1,056 kes
Kes dirawat di ICU=209 kes
Bantuan Alat Pernafasan=91

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia.(KKM).

LinkWithin